Only me

My photo
Serdang, Selangor, Malaysia
nothing special..... just an ordinary girl with a big hope for a wonderful future

Sunday, October 2, 2011

Happy b'day Cik Jie





Dengan ini secara rasminya aku dah 20 tahun *wink2* ~alamak dah tue rupanya aku ye~ dah boleh kawen ni teeeeeeeeeeeettttttttt,hahahaha.

Kalau korang nak tau gambar kat atas tu bukan aku rembat kat google tau tapi gambar kek besday aku la, siap ada nama lagi tu,hihi. 

Kat sini aku nak ucap thank you kat kawan2 aku yang buat surprise bagi kek ni time besday aku (yana,dila,ina,pika,ain,cahaya n dayah) * nasib baik la tak kena simbah ngan apa2*, aku pun nak ucap terima kasih kat semua friends aku yang wish besday aku tak kira kat henset or FB, I really appreciate that uollsss,hehehe

Harapan aku untuk besday tahun ni:
1. Nak berjaya dalam study, moga2 dapat dekan... Insyaallah
2. Nak jadi lebih matang (umur pun dah 20 kan) hehe
3. Nak jadi lagi well organized 
4. Nak kurangkan bercakap (kalau boleh la)
5. Nak jadi a better daughter,sister, friends and student :)
6. Semoga semua pokok yang aku tanam menjadi,hehehe




7. Nak mamat ni jadi pakwe aku boley?????
8. No 7 tu hanya sekadar gurauan semata.kih4

p/s: dapat free call 7 hari tapi tak tau nak call sape, hummmppp

Thursday, September 22, 2011

3 suara

lately kan ade satu lagu yang asyik terngiang2 je kat kepala aku ni..
tak nak dah aku nak cakap panjang2, korang layan la lagu ni



p/s: bengang ngan fb yang selalu tukar2 n menyusahkan hidup............

Saturday, September 17, 2011

second year...first sem

Salam 1 Malaysia, mentang2 baru sambut hari Malaysia nak jugak salam 1 Malaysia kan,huhu

macam yang korang semua nampak kat aku punya tajuk tu, dah jelas2 tulis second year kan, so saje je ak nak bagitau kat sini yang aku dah tahun kedua kat UPM ni *dengan muka bangga*hik3.
walaupun cuti haritu 4 bulan je tapi macam dah banyak benda berubah kat UPM ni.

 Salah satunya aku punya fakulti, sebenarnya kitorang dah pindah fakulti baru *dengan muka berlagak*. Overall ok la fakulti ni, luas,besar,cantik,jauh daripada fakulti lain(dah masuk daerah Sepang tu), lepas ni boleh la aku cakap2 kat orang yang aku ni belajar kat US@ Universiti Sepang,kah3*berangan je la*.

Tapi satu je masalah yang aku kureng berkenan sikit, bas nak pegi sana setengah jam sekali je, kadang2 panas hati gak duk tunggu bas lama2, tu tak kira lagi miss bas pasal orang ramai sangat, aku ni suka bagi orang naik dulu sebab malas nak berebut*x matured la kalau berebut-rebut naik bas kan,kih3*. Harap2 pihak yang berwajib*pehh ayat cam nak tulis surat rasmi* cepat2 la selesaikan masalah ni ye.

Kadang2 bila tengok orang bawak motor or kereta pegi kelas ade la jugak kejelesan di hati, tapi nak buat camne kan aku sebagai orang yang lemah ni hanya mampu naik bas je, sob3 *camne nak bawak kete,lesen pun xde*

tapi bile fikir2 best jugak terkejar-kejar naik bas ni, masa ni la kalau nak rasa pengalaman jadi student betol2 kan, nanti bila dah habis belajar pengalaman ni la yang paling berharga, ye la, kalau duk rumah xdenye aku terkejar-kejar naik bas camtu, paling tak pun suruh ayah or abang tolong drive,kih3...

korang layan je la gambar fakulti baru ni:



ni cafe

ni plak die punye layout keseluruhan fakulti






p/s: cita2 aku dalam jangka masa pendek ni nak ambik LESEN KERETA, teruk kot aku kene perli time balik kampung aritu pasal xde lesen,adooooiiiiii

Tuesday, August 2, 2011

Selera Terengganu D Bulan Puasa

Ni aku nak perkenalkan beberapa juadah bulan puasa yang agak popular kat terengganu & agak susah nak jumpa hari biasa.

1.Kurma
buah kurma ni for sure la ada kan,wajib ada kat atas meja time berbuka or sahur



2. Onde-onde
kuih ni dibuat daripada tepung pulut, intinya plak just gula melaka yang dipotong kecik2,pastu disalut ngan isi nyiur(kelapa)


3. Puteri mandi
Kuih ni plak cara buatnya sama je ngan onde2, cuma yang ni xde inti kat dalam n bentuknye leper, pastu disalut ngan isi nyiur + gula melaka

4. Asam gumpal
Kuih ni plak dibuat daripada sagu n intinya aku tak sure apa tapi rasa intinya masin n manis .Aku pun tak tau kenapa kuih ni namenye 'asam gumpal' sebab rasanya tak masam pun


5. Murtabak
Kalau kat Terengganu ni murtabak ni lain sikit sebab bukan kuah kari tapi kuahnya cuka yangletak  bawang,pastu letak sirap sikit untuk dapatkan kaler merah tu,ade jugak yang buat kaler kuning, aku memang suka kuah ni n tak suka sangat kuah kari.


6. Lompat tikam
Kuih ni plak ak tak sure la camne cara nak buatnya sebab aku kurang suka kuih ni,huhu, n aku pun tak tau kenapa la nama kuih ni menakutkan sangat.

                                                              

7. Nekbat
Kuih ni memang agak femes kat sini, lagi2 time puasa sebab hari biasa susah nak jumpa,kuih ni sebenarnya keras and tawar bila nak makan baru la masak ngan air gula,kalau mak aku dia suke masak ngan air sirap sebab nanti kuih ni jadi kaler merah


8.Taufufa
Yang ni sebenarnya bukanlah juadah ramadan yang femes pun tapi aku letak jugak sebab taufufa memang feveret aku time puasa, lagi2 yang sejuk,memang nikmat ar makan time berbuka :)



9. Ayam golek
Ayam golek memang wajib ada time puase,kalau pergi bazar bau ayam golek memang boleh kurangkan pahala puasa aku,huhu







Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

diam tak diam dah nak masuk bulan puasa lagi,rasa macam baru lagi sambut puasa tahun lepas.
yang paling bestnya tahun ni aku boleh sambut puasa sebulan kat rumah,huhu :) (tahun lepas sempat seminggu je puasa kat rumah),so semangat puasa tahun ni extra la sikit....
yang aku perasan la, bila nak puasa je mesti boleh nampak semua ni:

1.........banyak ucapan selamat berpuasa kat fb or henfon

2.......kat tv dan radio plak dah macam-macam iklan cerita bab2 puasa

3......tempat-tempat bazar ramadhan plak banyak yang dah pasang khemah 

4......mak ayah aku dah sibuk beli barang dapur extra

5.....kat dinding rumah aku plak dah ada 3 kalendar waktu sembahyang



so,aku nak ucapkan selamat bepuasa kepada semua umat islam,jangan lupa pergi solat terawih :)



Thursday, May 26, 2011

Menu Hari Ini : Sambal Bilis & Telur

Sebab time cuti sem ni aku jadi suri rumah so mestilah buat entri pasal masakan ye tak,hik3. Ok la hari ni aku masak lauk feveret aku, senang je nak buat lauk ni, setengah jam je boleh siap.

mula2 aku kenalkan ramuannya dulu:

6 ulas bawang merah (dikisar)
4/5 ulas bawang putih(dikisar)











cili kering(dikisar) atau boleh jugak guna cili kisar yang dah siap











1 paket kecil ikan bilis(direndam dalam air untuk hilangkan masin)














2 biji telur(direbus)

garam ,gula & serbuk perasa
minyak masak
sedikit air

bahan dah siap, jom kita masak,hihi

1. Mula2 panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang merah yang dah dikisar tadi sampai baik bau,tapi make sure jangan sampai hangus,hik3


2. bila dah bawang tu agak2 dah masak, kita masukkan cili kering yang dikisar tadi dan kacau. nak masukkan berapa banyak pun tak pe cili tu, tapi aku guna 4 sudu, kalau nak lagi pedas boleh tambah lagi




3.masak cili & bawang tu dalam beberapa minit pastu masukkan garam,gula & serbuk perasa dan masukkan sedikit air & masukkan ikan bilis(keluarkan dulu airnya)




4. teruskan lagi mengacau & bila dah agak pekat sikit baru masukkan telur. masak dalam 5 minit lagi bagi sambal tu kering sikit.



5. tadaa dah masak, sapa cakap masak tu susah, senang je sebenarnya,lauk ni pun boleh jugak buat lauk nasi lemak kalau makan dengan roti pun sedap jugak... selamat mencuba



p/s: sambil masak lauk tu jangan lupa masak nasik plak ye,hik3 :)

Monday, May 23, 2011

yeay 'dia' datang lagi!!!!!!!!!!!

siapa yang datang tu????????




budak ni la yang datang 
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
                                                         


haaa knal tak???

ni la Sun Goku watak utama dalam Dragon Ball, mesti korang semua tengok punye cite ni dulu, best kot, time aku tengok dulu pun aku kecik lagi, tak reti nak hayati pun, lagi la cite ni main hari ahad(hari ahad kat ganu skola) so time cuti skolah je la boleh tengok.

tapi sekarang Astro Ceria *ok sila gelak sebab aku layan astro ceria* tayang balik cite ni, hari isnin sampai khamis pukul 11.30 pagi, memandangkan aku jadi penganggur terhormat time cuti ni so boleh la aku layan cite ni kan ^_^

Nora Elena vs Kasih Yang Suci

ok entry kali ni aku nak cite pasal satu drama baru kat tv3, Nora Elena yang diadaptasi daripada novel Kasih Yang Suci, memang aku minat gile kot novel ni, mula2 bace time aku form 4 & pastu terus jatuh cinta, baru lagi aku beli novel ni untuk dijadikan koleksi,hik3, tak sangka plak dah dijadikan drama

ni lah frontpage novelnya


 setakat ni jalan ceritanya tak lari sangat dari novel, cuma ada la ubah & tambah sikit untuk bagi cite lagi best contohnya kalau dalam novel watak Seth Tan tu cina & bila nak kawan ngan Nora Elena baru dia masuk islam tapi dalam drama ni Seth Tan memang dah islam sebab dia anak kacukan cina bukan pure chinese cam dalam novel tu. Watak plak aku memang suka sangat Aaron Aziz jadi Seth & Siti Saleha pun sesuai jugak la pegang watak Nora Elena sebab muka die ada macam cina sikit cam dalam novel.



drama ni memang bagi impak la kat aku sebab aku sanggup register laman web tv3 semata2 tak nak miss drama ni, minat punya pasal apa-apa pun sanggup buat :)

p/s: gambar ihsan dari google

Tuesday, May 10, 2011

~SELAMAT HARI MAK~

Selamat hari ibu/mak/mama/umi/mami (kalau dalam bahasa ganu mak = mok)dan segala panggilan la untuk seorang insan yang telah melahirkan kita ke dunia ini.

OK meet my mother, tadaaaa (aku bagi pakej sekali ngan ayah aku,kih3)

nama mak: PUAN ROHANI BINTI PUTEH

Ini la mak satu-satunya mak aku kat dunia ni (memandangkan aku belum ada mak mertua kan,kih3)
mak yang selalu:
-bebel-bebel kat aku
-tegur aku kalau aku buat salah
-ngumpat ngan aku
-masak sama2
-pegi shopping sama2
n banyak lagi la

masa hari ibu(sama dengan hari paper last exam aku) aku ade call mak aku tapi dia tak angkat, pastu malam tu mak aku call balik, ni perbualan kami :

mak: bila ko balik? (memang soklan wajib dia tanya setiap kali call)
aku: lusa kot 
mak: nanti ko dah naik bas call la mak cik ko(sebab aku balik rumah mak cik aku)

pastu bla bla bla banyak lagi la kami sembang sampai la.........

mak: ko hari ibu tak mesej mak pun kan,celcom pun ade mesej mak
aku: *gelak dulu kuat2* mak... orang siap call lagi, mak yang tak angkat
mak: hehehe saja je

p/s: opkos la mak aku cakap ganu, buang tebiat pe nak cakap KL ngan aku,hihi

adoiiii mak aku boleh plak nak bandingkan anak dia ni ngan CELCOM, terasa hati aku,kui3

pape pun...............

SELAMAT HARI IBU MOK


Monday, May 9, 2011

Kisah sebelum pulang

Dengan rasminya aku umumkan bahawa aku sudah menamatkan my junior year.....ehem..ehem..ehem

Semalam last paper aku untuk final exam, pasni cuti 4 bulan ( lama gila tuhhh )
so esok aku gerak balik la tapi bukan balik ganu la sebab aku nak stay rumah mak cik aku dulu kat perak, lagi 2 minggu baru balik ganu,hihi......

Plannya nak balik arini tapi tetiba plak rasa gatal nak gi jalan2 dulu.
so arini aku pegi la jalan-jalan, mula-mula gi beli tiket untuk balik esok kat TBS pastu kitorang(aku ngan dila) pergi SEREMBAN.... kenapa seremban??? sebabnya kitorang  nak pegi sana sebab nak temankan kawan aku si yana jumpa pakwe dia *ye aku memang penyibuk sebab kacau orang dating hahahahaha*, so kitorang suruh la si yana tu gerak dulu (bagi la peluang diorang berdua-duaan dulu sebelum kitorang kacau,kih3).

kami pun jalan-jalan la kat terminal 1 n seremban parade then dalam pukul 8 malam kitorang gerak balik Serdang.

Dan sekarang aku PENAT gile kot,hihi, tapi puas hati la sebab lepas ni lambat dah nak jumpe ngan diorang lagi



p/s: thanx pakwe yana sebab belanja kitorang pizza ye, nyum3

Thursday, May 5, 2011

sifat kemanusiaan vs sifat kebinatangan

Manusia sekarang ni makin kejam kan. kes bunuh,buang bayi, rogol & macam2 lagi la, kalau nak buat list 5 entry pun belum tentu cukup ni.

aku cakap pasal ni pada entry kali ni sebab dah dua hari aku baca suratkhabar yang beritanya pasal kekasih/tunang yang kene bunuh.
 kes yang pertama tu mangsa kene bunuh sebab tolak lamaran lelaki yang suka kat die & yang kedua plak sebab terlalu cemburu sampaikan seorang lelaki sanggup bunuh tunang sendiri.

bila fikir balik rasa macam takut je, sebab benda sekecik itu pun sampai saling bunuh-membunuh, manusia sekarang ni dah tak de sifat belas kasihan or sifat kemanusiaan ke ape, tu tak masuk lagi bab buang anak kat longkang la, tempat sampah la. kalau korang perasan la semua bayi yang dibuang tu semua cukup sifat & comel2 plak tu, betul la orang cakap kan bila iman dah senipis kulit bawang semua benda yang dibuat pun rasa tak bersalah.

macam mana la diorang sanggup buang bayi  secomel ni kan

p/s: aku ade lagi 2 paper ni, wish me luck k :)

Friday, April 29, 2011

pernah tak terfikir......................

Assalamualaikum!!!!!!!!!!!!!

pertama kali bagi salam dalam blog aku ni, hihi

sebenarnya dah lama aku asyik fikir je pasal satu benda ni, kenapa semua orang suka merungut ekh ,aku tak cakap kat orang lain la, aku sendiri pun kadang2 suka merungut jugak. contohnya :

~tak sedap la makanan kat sini
~panas la
~kecik la bilik
~kenapa la aku tak cantik/hensem

pendek kata dalam sehari tu ada je benda yang nak dirungutkan, seolah-olah semua benda dalam hidup tak sempurna,

pernah tak terfikir yang masa kita merungut makanan tak sedap tu ramai lagi orang yang kebuluran & tak cukup makan

pernah tak terfikir yang masa kita mengadu cuaca panas & bilik kecik tu ada orang yang tak de rumah & menumpang  je or kalau ade pun rumah yang daif

pernah tak terfikir masa kita tak puas hati dengan penampilan diri ada orang yang kurang bernasib baik sebab sakit or tak cukup anggota badan

 masa kita rasa susah sangat tu sebenarnya ada orang yang lagi susah & lagi berat ujiannya daripada kita, sepatutnya kita bersyukur, seberat-berat ujian kita pun kita masih boleh bergerak, masih boleh makan masih boleh ketawa dan paling penting masih sihat dan hidup...............

bersyukur lah dengan apa yang tuhan bagi, apa salahnye susah masa sekarang sekurang-kurangnya daripada kesusahan lagi kita akan belajar tentang kemanisan hidup dan tambah pengalaman kan...

"Even if you fall on your face, you're still moving forward"

kat sini aku selitkan satu lagu,  memang aku nangis masa mula2 dengar & hayati lirik lagu ni.........



Monday, April 25, 2011

lolipop, kartun & komik

selalu dengar orang cakap, kalau nampak seseorang tu perangai cam budak-budak mesti fikiran die tak matang, bukan nak reka la tapi aku sendiri selalu je alami benda ni

contoh

kalau nampak aku makan lolipop:

manusia A : ape la ko ni Jie makan lolipop, cam budak-budak je.
manusia B : tak malu ke makan lolipop depan-depan orang ni, tak matured langsung

kalau nampak aku baca or beli komik:

manusia C : ko ni, kenapa la suke sangat bace komik, childish sungguh
manusia D : tak membazir ke, asyik beli komik je, bukan ade faedah pun, macam budak-budak

kalau tau aku suke tengok kartun:

manusia E : ape la tengok kartun, cam kanak-kanak ribena la
mak aku : ko ni tak de cite lain ke nak tengok, cite kartun jugak ko pilih ekh (sory mak,hihi)

are you ready kid????
ai ai kapten 


ok ni point aku, jangan anggap kami yang suke buat bende2 ni childish tau, kami just nak enjoy our life, alahai tak perlu la 24/7 kite nak serius kan, letih la...

ada mase kite kene gak rilex, tak salah luaran kite nampak macam tak matured tapi bile tibe mase nak fikir or buat keputusan boleh je jadi matang....

sebenarnye kan

kenape aku suke makan lolipop
- sebab sedap, kalau korang pun suke makan bende sedap kan, so anggap je la aku makan lolipop tu macam korang makan makanan kegemaran korang.

kenape aku suke bace komik
-sebab best la, same gak cam kenape budak lelaki suke bace surat khabar terbalik(bace part sport dulu) kan

kenape aku suke tengok kartun
-same la jugak cam budak2 suke tengok drama korea tu (aku pun layan korea gak ekh) or brader2 yang suke tengok bola tu, dah minat kan, nak buat camne.

prinsip hidup aku senang je :

~positive thinking make life easier~
-tak payah fikir banyak pasal sesuatu
-tak payah merungut pasal bende yang kite susah/tak mungkin ubah/dapat
-bersyukur la dengan ape yang kite ade
-senyum sokmo, tak kire time kite happy or sedih :)


p/s: minat setiap sorang tu lain-lain ok, so tak payah la nak anggap dalamannye same dengan luaran or dengan kate mudahnye don't judge the book by it cover

Saturday, April 23, 2011

i'm back!!!!!!!!!!!!!!

ehem.....ehem.....ehem.....
hidup lagi rupenye tuan punye blog ni ye, bukan setakat bersawang lagi tapi dah berkarat dah pun blog ni.....

ok la, bukan aku saje2 tak update blog ni tapi di sini aku akan nyatakan sebab2nye:

SEBAB YANG PERTAMA:

S..I..B..U..K <----------- ye betul, aku sibuk sangat dengan esaimennye yang bertimbun-timbun  tambah lagi ngan field visit and tak lupe jugak ngan second test, fuhhhhhhh, nak bernafas pun xde mase *ok part tu aku tipu :)*

SEBAB YANG KEDUA:

selama aku x update blog ni sebenarnye aku sibuk bermuhasabah diri,teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttt
hihi, aku sebenarnye nak upgrade aku punye cara penulisan blog so aku ambik mase untuk blogwalking and tengok serta belajar cara otai2 ni buat blog, sepanjang blogwalking ni memang banyak blog yang aku rase agak berkenan di hati la, antaranye :

1. Akal vs Emosi
2. Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau
3.Realiti Konspirasi

sebenarnye banyak lagi blog yang menarik, xkanla aku nak tulis semua kan, tapi aku memang respek la kat brader2 yang boleh buat blog menarik cam diorang ni, bace berulang2 kali pun still best lagi.

SEBAB YANG KETIGA

aku sangat malas n xde mood nak menulis............


tapi sekarang mood menulis aku dah datang tapi agak wrong timing sikit sebab sekarang ni STUDY WEEK...... 

p/s: doakan aku dapat jawab exam ye :)

Thursday, March 10, 2011

Munajat Cinta

hari ni aku nak kongsi satu lagu best ngan korang,aku tau lagu ni pun lepas kawan aku  tanye aku pernah dengar ke x, pastu balik bilik je aku terus search lagu ni, lepas dengar sekali cam best plak, hik3 :).....
jom layan..................................



Lirik:


Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah
Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus
[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya
Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus
[Chorus]
[Interlude]
[Chorus] (x2)
p/s: suke liriknye sebab lebih kurang ngan ape yang aku rase sekarang(jiwang la plak ko jie) :p

Monday, March 7, 2011

~my unlucky day~

ok aku bangun pagi ni dengan semangat berkobar-kobar nak start a new week la omputih cakap, kelas pagi ok je, smooth je

tapi bile start kelas petang, pada pukul 2.00 petang hari Isnin, 7 Mac 2011, bermula la detik2 malang aku hari ni ye

nasib malang yang pertama

mule2 naik bas nak pegi kelas cam biase, sesak2 lam bas tu aku dah x heran sebab memang fenomena biase pun, 
oleh sebab arini panas so aku bawak la air pegi kelas, tup tup boleh plak tertinggal dalam bas,arrggggggghhh
dah la aku sayang gile botol air tu*walaupun murah je tapi susah tu nak carik*, bile dah nak sampai kelas bru la prasan botol tu tertinggal, adoyai, memang bikin aku panas je, dah la memang cuace panas. nasib baik la time dalam kelas tu tibe2 hujan plak, bleh la sejukkan aku sikit,kui3

kusangka kan hujan membawa berkat tapi rupanya hujan membawa padah..........................

nasib malang kedua

dah la hujan, aku plak x bawak payung, memang basah ar time kat bustop tu, tapi bukan tu nasib malangnye.sebab tanpa aku sedari*cewahh, keluar lagi ayat novel aku* rupanya ade lagi bende yang memalukan menunggu aku.
nak dijadikan cerite hari ni ramai la plak yang tunggu bas kat depan fakulti pertanian ni, selalunye kitorang2 je*amboi ingat bustop tu kau punye ke jie,hik3* so tau2 je la camne sesaknye nak naik bas kan, dah la dengan keadaan hujan yang bukan setakat renyai2 tu. lepas miss 1 bas akhirnye berjaye jugak aku naik bas, tapi tiba2,
 kat atas tangga bas yang sungguh indah tu la, selipar kesayangan aku boleh plak terlucut dari kaki aku yang comot comel ni, aduiiii, dah la belakang aku ade orang lagi, depan aku plak ade pak cik driver. mase tu aku dah blank, xtau nak buat pe, ape lagi bile dengar suare2 halus  orang gelakkan aku termasuk lah PAK CIK DRIVER BAS TU, aku pun buat muke bodo & ambik balik selipar tu(muke aku bukan setakat merah je time tu tapi dah jadi warna pelangi pun). malu kot................... 

blushing sudah shaye!!






Sunday, February 27, 2011

~sangat busy laa~

dah lame x update blog, ni pun curi2 mase je nak update, bukannye aku malas or line tenet cam siput sedut*sukacita dimaklumkan bahawa line tenet kat UPM sangat la memuaskan,hik3*

tapi sebab sebenarnye adalah:
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

AKU SANGAT SIBUK, BANYAK ESAIMEN NAK KENE SIAPKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!






nak cakap aku buat esaimen last minute x jugak sebab sekarang still awal lagi, tapi x tau la kenape rase cam x cukup mase je.

baru nak hepy sikit sebab esaimen untuk PENGUCAPAN AWAM dah setel tapi bile teringat TITAS,HE,english,report SOIL SCIENCE yang x brape nak setel tu & esaimen BOTANI yang bakal diberi oleh DR UMA RANI(perlu ke aku tulis name dr kat sini,huhu,lantak la)  terus aku batalkan niat untuk melompat-lompat kegembiraan.

cam ni la keadaan aku skrang,huhu

ok, aku nak buat announcen announcement sikit:

sape2 yang sudi nak siapkan esaimen aku, sila la hubungi or e-mail aku ye,huhu. gaji boleh dirunding & kalau nak buat secara percume pun amatlah dialu-alukan, ape la salahnye sekali-sekala buat amal kan*mimpi je la aku ade orang nak buat kan esaimen untuk aku*



kalau xde manusie yang sudi, kucing pun aku trime,huhu







p/s: Today My Life Begin ~ Bruno Mars is very nice song 

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins


Tuesday, February 22, 2011

C.I.N.T.A aka LO.V.E

kalau sebut je pasal cinte memang panjang lebar la penerangannye kan,ade cinte monyet,cinte dalam hati, cinte mati pun ade, kat sini aku xnak la cakap sal sume ni*buat entry sal cinte ni pun aku dah geli geleman* kalau korang nak tau detailnye korang tanye je la pak cik google ye,hik3

kat sini aku just nak cakap pasal jatuh cinte kat KAWAN SENDIRI. korang pernah x alaminye??


sebenarnye x mustahil kan bende ni boleh jadi, memang normal la pompuan & lelaki akan tertarik antara satu dengan lain*kalau yang tertarik sesame sndiri tu y x normal*

yang penting jangan la putuskan ikatan persahabatan semate-mate kerane cinte x kesampaian kan, bukan senang nak carik besfriend yang betol2 boleh ngam ngan kite lagi2 kawan yang berlainan jantina.


sebenarnye x salah jatuh cinte pade kawan sendiri, kalau bertepuk sebelah tangan je yang jadi masalah , satu je nasihat aku kalau nak mengelakkan jatuh cinte ngan kawan sendiri bile kite kawan ngan kawan lain jantina just anggap diorang as a friend not as a girl/boy, x paham??? korang bace dan hayati la ayat tu ye, kalau bace ngan hati  paham la tu.

tapi kadang2 perasaan sendiri kite xleh kawal kan, just bile kite kecewe jangan la terlalu down sampai buat perkare yang bukan2*tau2 sendiri la ape yang bukan2 tu ye*, ingat la Allah x bagi kite sesuatu tu sebab dah sediekan sesuatu yang lebih baik untuk kite di mase depan 






p/s: sory la ye, entry kali ni agak jiwang cikit,huhu



Tuesday, February 15, 2011

T.E.S.T

dalam banyak2 minggu kat U ni minggu test & exam la yang paling aku x suke sekali sebab time ni aku kene study...*kan best kalau dalam dunie ni just belajar je & xde exam*
xnak.........xnak..........xnak.(sambil berguling2 kat lantai), tapi hati je cakap xnak, kenyataanye tetap kene study jugak kan,hik3

setakat ni subjek ENGLISH,HUBUNGAN ETNIK & TITAS dah settle, kire subjek ni main tembak2 je la, sekarang dah nak masuk subjek yang agak tough la*bagi aku la, xtau la plak org lain anggap senang kot* BOTANI & SOIL SCIENCE, boleh dikatekan due2 subjek ni memang memerlukan daya tumpuan yang penuh la time study, xleh sambil main2 (ni pun aku stop study jap sebab nak tulis entry ni,hahahahaha)

*ni note soil sience aku(baru bace separuh ni)*

*ni plak botani(x start bace pun lagi)*




*ni plak sticky note kat dinding*
tapi kan tengah2 aku nak ambik feel nak study ni, boleh plak aku demam hari ni,suare pun dah ala2 macam ratu rock Ally Iskandar Ella dah ni, aduiiiii.

so time lunch tadi aku sempat la singgah beli koolfever kejap, sebenarnye x pernah try pun ,arini rase  cam gatal je  nak try bende alah tu, pape pun kat sini aku nak ucap terime kasih kat my rumate ana sebab bagi ubat selseme ye, walaupun ubat tu kecik je tapi nak telan bende alah tu cam nak telan batu kat tepi jalan yang besar gedabak tu je,hik3

*aku pun xtau ape lolipop tu buat kat koolfever tu, layan je la*
ok la, dah la aku mengarut kat sini, note soil science kat atas meja tu dah memanggil2  dah tu,
bye2,nk g smbung study plak (dengan muke bersemangat)

p/s: lolipop jename chupa chups la paling sedap,kalau dapat big top pun ok gak la *tibe-tibe je*


Monday, February 14, 2011

ego ke aku?????

antara perangai aku yang buat aku rase cam aku ni ego:

1. aku x pernah pun cakap kat kawan2 baik aku yang aku sayang kat diorang tapi dalam hati aku bertuah sangat sebab diorang jadi kawan baik aku

2.aku x pernah cakap aku sayang sangat kat my parent padahal diorang la insan yang paling aku sayang kat dunie ni

3. kadang2 gurauan aku agak kasar tapi aku x pernah pun nak mintak maaf  padahal aku tau sangat diorang terase sebenarnye

4. aku x pernah cakap aku rindu kat famili aku depan diorang, kalau aku rindu sangat aku just call and kalau diorang tanye kenape aku call, aku just cakap "saje je,dah lame x call kan" padahal dalam hati nak je cakap'orang call sebab orang rindu kat korang sume'.

"rindu sangat"

5. aku selalu fikir yang aku boleh sembunyikan kesedihan, padahal dalam hati sedih sangat time tu tapi aku xnak kawan2 aku simpati ngan aku so aku suke cerie & xnak tunjuk muke masam kat diorang

6. aku x suke tunjuk yang aku ni lemah depan orang yang aku sakit hati, aku akan tunjukkan kat diorang yang aku ni sangat bahagie walaupun tanpa diorang

7. aku x suke tunjukkan kesedihan aku kat sape2 pun, aku xnak orang sangke yang aku ni lemah, kalau aku menangis pun aku just menangis sorang2 or just depan seseorang yang aku tersangat rapat je.




8. bile aku dah lupekan pasal sesuatu masalah tu barulah aku akan ceritakan kat kawan2 aku sebab aku xnak diorang risau dan simpati kat aku

9. kalau aku tengah down aku akan cakap kat diri aku 'perlu ke aku sedih sebab somebody tu sedangkan aku banyak lagi bende nak kene buat, aku bukan alone, aku ade kawan2 n famili, x berbaloi aku sedih depan sume orang hanya sebab orang yang x reti menghargai aku'

10. kalau aku suke kat seseorang, aku xkan cakap kat die & aku akan tunggu die yang cakap dulu, walaupun time tu dalam hati memang rase cam nak jerit je"saye suke kat awak la". kalau die x cakap maknenye die memang x suke la kat aku kan, x payah la aku nak kecewe takut kene reject.



ego ke aku?????


mood: bermuhasabah diri

Thursday, February 10, 2011

aku rindu sangat

tajuk entry aku kali ni bunyi cam romantik je kan,hik3
bile bangun tido je pagi2 mesti akan fikir "eh, aku dah ade kat U la skang, umur pun dah 20 tahun, cam x percaye"
rase cam baru minggu lepas je*ceh,menipu tol aku ni*  bangun awal2 pagi then  pakai baju skola & tunggu ayah hantar  pegi sekolah*walaupun sekolah dekat tetap gak nak ayah hantarkan,hik3* .
ingat lagi time tu baju seragam aku kaler pink,hik3
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
tadaaaaaaaa
*pernah gak la aku jadi minah pinkie kejap time skola dulu,hik3*
zaman sekolah memang indah, betol la kan ape orang cakap, mase sekolah x sabar2 nak masuk alam U or kerje tapi bile dah habis sekolah baru la teringat-ingat zaman sekolah dulu kan.

seriously aku rindu sangat zaman sekolah dulu, rindu ngan kawan2 & cikgu2.
zaman sekolah la mase kite mengenal erti persahabatan & cinta monyet kan*oppssss,hihi*
lagi2 sekarang bile dah jauh dari rumah, nak jumpe kawan2 yang same2 buat perangai gile2 dulu dah susah.

tanpa aku sedari*cewahhhh kuar lagi ayat novel aku* kirenye aku dah masuk satu fasa lain dalam hidup, dah masuk alam U pasni alam keje plak, tapi aku TAK SEDIA LAGI LA!!!!!!!!!
camne la, perangai pun still cam budak2 lagi, tapi bagi aku la, perangai cam budak2 xpe asalkan fikiran matang & boleh buat keputusan yang betol kan, so aku memang x kisah walaupun kawan2 aku panggil aku budak kecik,hik3, yang penting aku hepy kan.
tah pape je aku mengarut ni kan, dah kuar dari topik pun ni

p/s: aku rindu nak balik rumah la, padan muke aku time cuti xnak balik :(

Tuesday, February 8, 2011

bipolar MOOD

pernah tak korang  rase dalam satu hari tu bad mood sangat, kadang2 nak senyum pun malas, tambah2 lagi jumpe orang yang kite xnak jumpe berkali-kali dalam satu hari tu.
rase macam nak jerit kuat2 je, AKU XNAK JUMPE KAU LA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tapi nak wat camne kan, itulah lumrah hidup, kene la hadapi ngan hati terbuke
kadang2 yang tuhan x bagi kite tu bukanlah yang terbaik untuk kite, Allah dah sediekan yang lebih baik untuk kite, Insyaallah

ape2 pun, just be happy, x rugi kalau berfikiran positif & sentiase cerie kan,
terase nak nyanyi la plak,huhu

"senyum seindah suria,
yang membawa cahaya
senyum lah dari hati
dunia kan berseri
senyum kepada semua
senyumanmu amatlah beerti" 

p/s: pe la yang aku mengarut dalam entry kali ni, sabo je la ye

Monday, February 7, 2011

learn something new

tajuk entry nak dalam english plak kan, xleh bla tol la aku ni
sebenarnye saje je nak menunjuk bagitau korang yang aku ambik kelas bahase mandarin sem ni tapi bukan yang berkredit la, kelas tu just cam tutorial je la  kelasnye pun sekali seminggu je, kelas ni under Kolej 14 so kalau budak Kolej 14 yang join diorang dapat merit la, aku ni budak kolej 15*dengan bangganye aku bagitau ni*
so x dapat merit la, tapi xpe, ilmu pengetahuan lagi bermakne dari merit kan (cakap je la merit aku dah cukup,hik3). aku amek kelas hari selase pukul 8.30-10.00 malam.

so sekarang aku dah boleh la cakap cine sikit2 (ceh berlagak plak),huhu
first perkataan yang aku belajar aritu:

da jia hao = apa khabar
wo shi = name saye / saya ialah
 so bile sambungkan jadila:

da jia hao, wo shi Jie (apa khabar, nama saya Jie), *hihi, kan aku dah cakap yang aku dah pandai cakap cine sikit2 kan*


sebenarnye dah lame aku teringin nak belajar bahase mandarin ni, sebabnye aku suke sangat tengok cite cine sampaikan mak aku selalu je bebel, pasni mak aku dah xleh bebel dah sebab kalau die marah aku tengok cite cine lagi aku cakap la yang aku nak improvekan*amaran:jangan tiru bahasa rojak ni ye* bahase mandarin aku(pandai x aku gune alasan ni,hik3)


p/s: dulu satu2nye perkataan mandarin yang aku expert ialah wo ai ni=saya sayang awak



Sunday, February 6, 2011

cerita cuti ku

Pertama kali jalan2 kat bandar Pontian, bandarnye xde la sebesar bandar JB, lebih kurang sama besar ngan bandar Kuala Terengganu je, excited jugak la dan agak kejakungan jugak la aku kat situ,hik3. Mule2 kami pegi beli barang sikit pastu kitorang pegi pasar ikan,huhu cam klakar plak kan jalan2 pegi pasar tapi tu yang aku suke sebenarnye, aku lagi suke pegi pasar daripada pegi Mall. Sebenarnye aku kuar pun sebab join sekaki mak kawan aku pegi beli barang dapur, daripada terperap je kat rumah baik aku kuar kan. Pasarnye x banyak beze pun ngan kat tempat aku tapi name ikan memang beze,sampai dah terbelit-belit lidah nak sebut,hik3.*tu baru sebut name ikan dah terbelit lidah kalau try cakap jawe camne la agaknye ekh,hihi*

Tengah jalan2 sambil belek2 sayur aku ternampak la sejenis sayur ni, rupenye ala2 daun bawang, aku pun tanye la kawan aku dan die cakap sayur tu namenye KUCAI. Oo rupenye ni la kucai ye, pernah je aku dengar namenye tapi xtau la plak camni rupenye bentuknye.kalau nak tau lebih lanjut sal kucai ni tekan kat sini

*haaa, ni la kucai*

haa lagi satu,korang mesti dah tau kan pontian ni terkenal ngan buah nanas tapi aku x sangka plak buah nanas kat sini murah gile, sebijik bleh dapat RM0.50 je, kalau kat Terengganu takdenye dapat buah nanas ngan harge tu, agak terkesima jugak la aku kejap,huhu.


Lepas dah selesai kat pasar ikan tu kami pegi kedai kerepek plak, kat sana aku ade la belek2 kerepek tempe, jakun plak aku kat situ, x sngke plak tempe pun bleh dibuat kerepek ye.ni ade cerite sikit pasal jie dan tempe

Jie & tempe

Mak kwan aku: tengok2 kerepek tu, nak beli ke?
Aku                  : x pe la mak cik, saye x makan tempe(dengan jujurnye aku jawab)
Mak kwan aku: (gelak) oo, ye ke, cube la, x cube xtau.
kawan aku       : die pernah try mak tapi die cakap x suke makan (ape la kwn aku ni, lngsung x cover aku)
Aku                  : hihihi,xpe la mak cik (sengih & buat2 muke comel)

Hik3, itu la ceritenye, jie dan tempe memang xleh bersame, aku memang x makan tempe, klau ade dalam sayur or pape masakan pun aku asingkan, letak kat tepi pinggan, nak buat camne kan, terengganu mane la ade tempe.

p/s: mak sedare aku pernah cakap" ko jgn x suke tempe nanti kalau kawen ngan orang jawe susah..." ,hik3