Only me

My photo
Serdang, Selangor, Malaysia
nothing special..... just an ordinary girl with a big hope for a wonderful future

Thursday, September 22, 2011

3 suara

lately kan ade satu lagu yang asyik terngiang2 je kat kepala aku ni..
tak nak dah aku nak cakap panjang2, korang layan la lagu ni



p/s: bengang ngan fb yang selalu tukar2 n menyusahkan hidup............

Saturday, September 17, 2011

second year...first sem

Salam 1 Malaysia, mentang2 baru sambut hari Malaysia nak jugak salam 1 Malaysia kan,huhu

macam yang korang semua nampak kat aku punya tajuk tu, dah jelas2 tulis second year kan, so saje je ak nak bagitau kat sini yang aku dah tahun kedua kat UPM ni *dengan muka bangga*hik3.
walaupun cuti haritu 4 bulan je tapi macam dah banyak benda berubah kat UPM ni.

 Salah satunya aku punya fakulti, sebenarnya kitorang dah pindah fakulti baru *dengan muka berlagak*. Overall ok la fakulti ni, luas,besar,cantik,jauh daripada fakulti lain(dah masuk daerah Sepang tu), lepas ni boleh la aku cakap2 kat orang yang aku ni belajar kat US@ Universiti Sepang,kah3*berangan je la*.

Tapi satu je masalah yang aku kureng berkenan sikit, bas nak pegi sana setengah jam sekali je, kadang2 panas hati gak duk tunggu bas lama2, tu tak kira lagi miss bas pasal orang ramai sangat, aku ni suka bagi orang naik dulu sebab malas nak berebut*x matured la kalau berebut-rebut naik bas kan,kih3*. Harap2 pihak yang berwajib*pehh ayat cam nak tulis surat rasmi* cepat2 la selesaikan masalah ni ye.

Kadang2 bila tengok orang bawak motor or kereta pegi kelas ade la jugak kejelesan di hati, tapi nak buat camne kan aku sebagai orang yang lemah ni hanya mampu naik bas je, sob3 *camne nak bawak kete,lesen pun xde*

tapi bile fikir2 best jugak terkejar-kejar naik bas ni, masa ni la kalau nak rasa pengalaman jadi student betol2 kan, nanti bila dah habis belajar pengalaman ni la yang paling berharga, ye la, kalau duk rumah xdenye aku terkejar-kejar naik bas camtu, paling tak pun suruh ayah or abang tolong drive,kih3...

korang layan je la gambar fakulti baru ni:



ni cafe

ni plak die punye layout keseluruhan fakulti






p/s: cita2 aku dalam jangka masa pendek ni nak ambik LESEN KERETA, teruk kot aku kene perli time balik kampung aritu pasal xde lesen,adooooiiiiii