Only me

My photo
Serdang, Selangor, Malaysia
nothing special..... just an ordinary girl with a big hope for a wonderful future

Thursday, February 7, 2013

I'm driving...

assalamualaikum peeps, wah tajuk entry pun dah ceritakan segalanyakan, well as uolllsss know aku punye azam tahun baru ni nak dapat driving licence kan so akhirnya like a dream come true, a very cute driving licence finally take a place in my purse dan secara rasminya aku sudah boleh drive kereta di jalan raya yang penuh pancaroba ini,kui3. Macam tak percaya aku boleh drive kereta yang memang sah2 lagi besar dari aku padahal sebelum ni nak lintas jalan pun aku tak reti (perasaan bangga pada diri sendiri mula kelihatan,huhu).

jeng jeng jeng

Cuti sem pun dah hampir habis, rase cam sekejap je boleh bersenang lenang kat umah dah kene balik UPM lagi tapi takpe la sebab masa nak dihabiskan kat UPM pun tinggal setahun lagi so aku kene hargai la masa-masa terakhir kat UPM ni yee, huhu

p/s: azam untuk dapat lesen dah tercapai pasni buat azam nak cari bakal suami la plak ye, kah3

Wednesday, January 16, 2013

Jom Jom Jom

Sebagai anak Terengganu sejati aku merasa terpanggil untuk mempromosikan tahun melawat Terengganu 2013, wah2 dah rasa macam ejen pelancongan plak, btw ini logonye dan sekali ngan penerangan takut-takut lah korang tak paham ye, wah nampak kiut plak penyu tu,huhu.


Itu je la yang aku nak cerita, kalau nak tau cerita pasal tempat-tempat menarik kat Terengganu ni patblas entry pon  tak habis lagi, so kalau nak tahu lebih lanjut lagi sila la layari laman sesawang ni k .visit Terengganu.

Ok la sampai sini jela ye, see yaa

Monday, January 7, 2013

Happy New Year 2013

Wah tajuk nak happy new year bagai kan padahal dah seminggu pun tahun baru ni. pejam celik pejam celik and pejam lagi pastu tak celik-celik dah pun hampir habis semester 5 *ehem2 dah semester 5 dah aku ye * haissshhhh sem depan dah masuk sem 6 dah ye, dah kene buat FYP (FYP: Final Year Projek), eh jangan pelik plak korang aku memang buat FYP time sem 6 sebabnye sem 8 @ final sem aku ada praktikal, sebab tu la kitorang punye FYP awal * sambil buat muke bangga & kembangkan hidung*.
Haaaa sebenarnya entry ni memang aku nak cerita perihal FYP pon, nak dijadikan cerita nasib aku bukan main baik pulak kali ni sebab dapat supervisor(SV) yang memang first choice aku.


Mempersembahkan aku punye SV.......
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
jeng3

Ye2 aku tau dalam gambar tu memang ramai orang, tapi lecturenye yang betol2 duk kat belakang aku tu, haa itu la Dr Siti Hajar Ahmad, motiff aku block gambr Dr aku sendiri pon tak tau,haha, tapi time ni boleh plak Dr cakap "eh ada lagi orang yang lagi rendah dari saya rupenye" *ok Dr saya sentap ngan ayat tu ngeh3*

Ape2 pon memang aku bersyukur sangat dapat Dr ni because I need some perfectionist in my life since I'm very clumsy and sometimes buat kerja nak cepat siap je bak kata orang terengganu buat keje ikut dang je,huhu. Walaupun aku still tak confirm lagi pasal tajuk FYP sebab sem ni Dr very busy and she says that she will discuss with us next sem but I really2 hope I will get my chosen title that involve some herbs because since high school I've been very interested with herbs, don't ask me why because I also don't know ngeh3.

p/s: Azam tahun baru ni nak lulus ujian JPJ and boleh bawak kereta dengan bangganya nanti, Insyaallah
p/s no 2 : Craving for Secret Recipe's Tom Yam Kung, haiiissshhhhhhhh




Sunday, December 30, 2012

Anwar Hadi ft Mat Luthfi

Like a dreams come true dapat tengok Anwar Hadi dengan Mat Luthfi dalam satu video, mereka sangat ohhsssseeemmm ok and macam biasa la video diorang memang penuh dengan unsur pengajaran and lawak.

 

Hope lepas ni rajin-rajinkan la buat video sama-sama lagi ye. enjoy their video guys.

p/s : I dah ada twitter, do follow me ok (orang lain dah berabad ada twitter aku baru nak kecoh sekarang,huhu)

KAMI

Assalamualaikum uollsss

macam dah lama gilerr x update blog ni, sampaikan aku dah hampir terlupa aku ada blog rupanya...
just a typical reason kenapa tak update, so tak payah la tulis sebabnye kan kan kan.

Macam -macam dah yang berlaku tahun ni, dengan gosip artis yang tak habis-habis, artis kawin sana-sini (congrats), Gangnam style, isu politik yang tak berkesudahan. Eh itu semua tak de kaitan dengan aku pon sebenarnya, tapi saja je nak bagitau yang banyak benda yang dah berlaku tahun ni dan memandangkan aku update blog ni pon dah hampir nak habis tahun 2012 so aku conclude je la semua tu hik hik hik (gelak comel yang nak mintak pelempang guna kaki kucing).

Sedar tak sedar ak dah nak habis study rupanya, ada lagi 1 tahun je aku boleh merayau-rayau dalam UPM tercinta ni, memang la happy dah nak habis study tapi sedih gak nak tinggalkan UPM & kawan-kawan, kalau UPM ni kat belakang rumah aku je boleh la aku datang piknik kat sini petang-petang, ye dok?? huhu.


Sepanjang aku kat UPM ni ada la 3 orang gadis(ceeewahh) yang boleh dipanggil bestfriend aku and I hope our friendship will last forever. ini la kawan tunggu bas sama-sama , pergi ladang jalan kaki sama-sama, makan & mengumpat sama-sama, layan video mat lutfi, layan drama adam & hawa (ok itu aku tipu sebab diorang je yang layan),pergi dating kat The Mines, tengok wayang,buat esaimen and banyak lagi la, penat pulak kalau nak mention semua.


Zaman Freshie.... muka sorang2 memang xboleh blah,haha
Sem 2, pergi Melaka atas dasar alasan nak buat esaimen tapi pegi melancong sebenarnye,huhu
sem 3 time ambik gambar kelas

sem 3 time kat ladang (abaikan slipar jepun aku,huhu)
Sedar tak sedar next semester kami dah nak start FYP rasa cam baru lagi kenal time freshie tup2 dah nak masuk final year, seriously aku rasa macam masa cepat gile berlalu.
Apa-apa pun seperti perumpaan fizik "the maturity is directly proportional with the increasing of the years" pehhh dah rasa cam Gallileo Gallilea (betol ke aku eja ni ah lantak la) plak tetibe je cakap sal fizik ni,haha. Tapi yang menjadi persoalannya matured ke kami ni, haha. 
Dalam entry ni aku memang takkan tulis "I love U all so much my friends" sebab kalau aku tulis tu aku rasa cam nak lempang diri sendiri guna kaki kucing tapi kalau sayang tak semestinya kene cakap out loud kan. Well this is who I am,a cold person with no feelings and not romantic at all.

It's the times we're so crazy,
that people think we're high.
It's the times we laugh so hard,
we can't help but cry.
It's all the inside jokes
and "remember whens".
those are all the reasons
that we're best friends!


Saturday, January 14, 2012

kenapa aku suka balik kampung

kenapa aku suka balik kampung????? well aku punya jawapan mesti la macam orang lain kan, nak jumpa parent n adik beradik,nak makan masakan mak, nak itu nak ini tapi bagi aku ada lagi satu keseronokan bila balik kampung selain daripada itu semua,sebabnya adalah family aku suka buat kenduri (of coz la bukan kenduri kawin) dan dalam setahun tu memang akan ada kenduri dan mungkin sebab dah terbiasa so aku jadi suka dengan suasana kenduri tu sendiri, so kalau ada kenduri aku memang akan curi masa balik kampung.

sebenarnya yang aku nak cerita kat sini baru-baru ni (dalam bulan 12 aritu) rumah aku ada buat kenduri bubur asyura dan macam biasa la aku pun rela balik kampung walaupun time study week*aku balik 3 hari je ok*. Sebenarnya aku pun tak tau yang bubur asyura kat Terengganu lain sikit, aku tau pun sebab kawan aku budak Johor yang tanya,kalau tak mati2 aku ingat sama je,hehe.


ok jom tengok gambar the making of bubur asyura

golongan ibu2 sedang kupas bawang dan sebagainya (tak payah cari aku kat sini sebab masa ni aku tengah bekpes kat dapur ye,huhu)

bahan-bahan utama untuk buat bubur ni macam biasa la ada bawang,beras,rempah, ayam or daging or ikan dan sebagainya *aku lupa sebenarnya* tapi bahan utamanya semua tu la :)

bila bawang dan semua rempah2 tu diblend then semua tu taruk dalam kawah then kacau2 pastu baru la masukkan beras then masukkan daging or ayam or ikan

then jadi la macam ni *sory aku malas nak rotate*

p/s: yang pakai baju kaler oren tu ayah aku,hihi

and here the challenge begin, bubur ni kene kacau sampai la jadi pekat dan likat dan warnanya jadi kaler hitam pekat, ambik masa beberapa jam jugak la, aku boleh bertahan dalam masa 10 minit je kacau bubur ni pastu aku dah surrender, ini memang keje orang laki,huhu

sambil tunggu bubur tu masak kaum wanita plak buat sambal ikan untuk dimakan dengan bubur tu



bahan-bahan untuk buat sambal ni isi ikan,kelapa,bawang putih n merah,halia,halba, itu je kot kalau tak salah aku, masak sambal ni sampai la warnanya kekuningan. aku tak pasti orang luar panggil ni apa tapi kat ganu kitorang panggil sambal ikan,hihi


then kacau punya kacau punya kacau sampai la jadi cam ni



ini plak yang dah siap masuk dalam tupperware untuk di bagi kat orang kampung


kat umah aku aritu ada buat 4 kawah n 1 periuk bubur asyura, 1 kawah ayam,3 kawah daging n 1 periuk ayam + daging, kira macam ada pelbagai perisa la.haha

bagi aku perbezaan ketara antara bubur asyura Terengganu ngan negeri lain (Johor) *sebab aku pernah tengok johor punya je, negeri lain belom lagi*  just warna n texture, Terengganu punya warna gelap dan keras  tapi yang Johor punya warnanya agak cerah dan cair, lebih kurang macam bubur lambuk la, bab rasa aku tak sure sebab aku x pernah makan bubur asyura lain selain dari yang terengganu punya, tekak ganu la katakan hihi

Baucer Buku oh Baucer Buku

sangat lama blog ni tak berupdate ye, biasala tuan punya blog ni perasan dia la orang yang paling sibuk kat dunia ni sampai takde masa nak update blog padahal cakap je la malas n takde idea ye dokkk....

di masa jari jemari ini tengah menaip entry ni sebenarnya aku tengah buat countdown untuk cuti sem sambil nota untuk last paper aku merayu-rayu sambil buat muka comel *ekkkk nota ada muka ke,kah3* kat sebelah aku ni.

so secara kesimpulannya sem 3 aku dah pun hampir berakhir *ceh ayat macam nak tulis surat rasmi* dan bagi aku la selama duk kat UPM ni sem ni la paling busy, memang la kalau aku cakap aku busy mesti semua orang cakap alah ko ingat ko je yang busy,orang lain tak busy la.... tapi ape2 pun yang orang lain cakap lantak la ye, yang penting aku dengan hidup aku diorang dengan hidup diorang.

ok back to the main topic, kat dalam purse aku sekarang ada 4 keping baucer buku yang bernilai RM50 setiap keping yang menjadikan nilainya RM200 dan die punye due date sampai 31 Mac je, persoalan yang menjadi problemnya sekarang baucer ni boleh guna kat certain kedai buku je macam kedai buku kat dalam UPM ni, Popular or MPH dan problem yang lagi besarnya kat KT tu mana la ada Popular or MPH yang terdekat pun ada Popular kat Mesra Mall(kemaman) yang mengambil masa hampir 3 jam perjalanan dari rumah aku, so apa yang aku nak buat ni, aku bukannya merungut just fikirkan solution untuk permasalahan je dan setakat ni aku masih belum dapat solution lagi tapi takpe la balik nanti aku pandai2 la buat muka comel kat ayah aku ajak pegi Mesra Mall ye dokkk ,kalau tak berjaya terpaksa la aku borong buku2 tu time bukak sem 4 nanti. Tapi apa2 pun terima kasih kerajaan Malaysia sebab bagi baucer ni, aku bangga jadi rakyat Malaysia.....

Sunday, October 2, 2011

Happy b'day Cik Jie





Dengan ini secara rasminya aku dah 20 tahun *wink2* ~alamak dah tue rupanya aku ye~ dah boleh kawen ni teeeeeeeeeeeettttttttt,hahahaha.

Kalau korang nak tau gambar kat atas tu bukan aku rembat kat google tau tapi gambar kek besday aku la, siap ada nama lagi tu,hihi. 

Kat sini aku nak ucap thank you kat kawan2 aku yang buat surprise bagi kek ni time besday aku (yana,dila,ina,pika,ain,cahaya n dayah) * nasib baik la tak kena simbah ngan apa2*, aku pun nak ucap terima kasih kat semua friends aku yang wish besday aku tak kira kat henset or FB, I really appreciate that uollsss,hehehe

Harapan aku untuk besday tahun ni:
1. Nak berjaya dalam study, moga2 dapat dekan... Insyaallah
2. Nak jadi lebih matang (umur pun dah 20 kan) hehe
3. Nak jadi lagi well organized 
4. Nak kurangkan bercakap (kalau boleh la)
5. Nak jadi a better daughter,sister, friends and student :)
6. Semoga semua pokok yang aku tanam menjadi,hehehe




7. Nak mamat ni jadi pakwe aku boley?????
8. No 7 tu hanya sekadar gurauan semata.kih4

p/s: dapat free call 7 hari tapi tak tau nak call sape, hummmppp

Thursday, September 22, 2011

3 suara

lately kan ade satu lagu yang asyik terngiang2 je kat kepala aku ni..
tak nak dah aku nak cakap panjang2, korang layan la lagu ni



p/s: bengang ngan fb yang selalu tukar2 n menyusahkan hidup............

Saturday, September 17, 2011

second year...first sem

Salam 1 Malaysia, mentang2 baru sambut hari Malaysia nak jugak salam 1 Malaysia kan,huhu

macam yang korang semua nampak kat aku punya tajuk tu, dah jelas2 tulis second year kan, so saje je ak nak bagitau kat sini yang aku dah tahun kedua kat UPM ni *dengan muka bangga*hik3.
walaupun cuti haritu 4 bulan je tapi macam dah banyak benda berubah kat UPM ni.

 Salah satunya aku punya fakulti, sebenarnya kitorang dah pindah fakulti baru *dengan muka berlagak*. Overall ok la fakulti ni, luas,besar,cantik,jauh daripada fakulti lain(dah masuk daerah Sepang tu), lepas ni boleh la aku cakap2 kat orang yang aku ni belajar kat US@ Universiti Sepang,kah3*berangan je la*.

Tapi satu je masalah yang aku kureng berkenan sikit, bas nak pegi sana setengah jam sekali je, kadang2 panas hati gak duk tunggu bas lama2, tu tak kira lagi miss bas pasal orang ramai sangat, aku ni suka bagi orang naik dulu sebab malas nak berebut*x matured la kalau berebut-rebut naik bas kan,kih3*. Harap2 pihak yang berwajib*pehh ayat cam nak tulis surat rasmi* cepat2 la selesaikan masalah ni ye.

Kadang2 bila tengok orang bawak motor or kereta pegi kelas ade la jugak kejelesan di hati, tapi nak buat camne kan aku sebagai orang yang lemah ni hanya mampu naik bas je, sob3 *camne nak bawak kete,lesen pun xde*

tapi bile fikir2 best jugak terkejar-kejar naik bas ni, masa ni la kalau nak rasa pengalaman jadi student betol2 kan, nanti bila dah habis belajar pengalaman ni la yang paling berharga, ye la, kalau duk rumah xdenye aku terkejar-kejar naik bas camtu, paling tak pun suruh ayah or abang tolong drive,kih3...

korang layan je la gambar fakulti baru ni:



ni cafe

ni plak die punye layout keseluruhan fakulti






p/s: cita2 aku dalam jangka masa pendek ni nak ambik LESEN KERETA, teruk kot aku kene perli time balik kampung aritu pasal xde lesen,adooooiiiiii

Tuesday, August 2, 2011

Selera Terengganu D Bulan Puasa

Ni aku nak perkenalkan beberapa juadah bulan puasa yang agak popular kat terengganu & agak susah nak jumpa hari biasa.

1.Kurma
buah kurma ni for sure la ada kan,wajib ada kat atas meja time berbuka or sahur



2. Onde-onde
kuih ni dibuat daripada tepung pulut, intinya plak just gula melaka yang dipotong kecik2,pastu disalut ngan isi nyiur(kelapa)


3. Puteri mandi
Kuih ni plak cara buatnya sama je ngan onde2, cuma yang ni xde inti kat dalam n bentuknye leper, pastu disalut ngan isi nyiur + gula melaka

4. Asam gumpal
Kuih ni plak dibuat daripada sagu n intinya aku tak sure apa tapi rasa intinya masin n manis .Aku pun tak tau kenapa kuih ni namenye 'asam gumpal' sebab rasanya tak masam pun


5. Murtabak
Kalau kat Terengganu ni murtabak ni lain sikit sebab bukan kuah kari tapi kuahnya cuka yangletak  bawang,pastu letak sirap sikit untuk dapatkan kaler merah tu,ade jugak yang buat kaler kuning, aku memang suka kuah ni n tak suka sangat kuah kari.


6. Lompat tikam
Kuih ni plak ak tak sure la camne cara nak buatnya sebab aku kurang suka kuih ni,huhu, n aku pun tak tau kenapa la nama kuih ni menakutkan sangat.

                                                              

7. Nekbat
Kuih ni memang agak femes kat sini, lagi2 time puasa sebab hari biasa susah nak jumpa,kuih ni sebenarnya keras and tawar bila nak makan baru la masak ngan air gula,kalau mak aku dia suke masak ngan air sirap sebab nanti kuih ni jadi kaler merah


8.Taufufa
Yang ni sebenarnya bukanlah juadah ramadan yang femes pun tapi aku letak jugak sebab taufufa memang feveret aku time puasa, lagi2 yang sejuk,memang nikmat ar makan time berbuka :)



9. Ayam golek
Ayam golek memang wajib ada time puase,kalau pergi bazar bau ayam golek memang boleh kurangkan pahala puasa aku,huhu







Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

diam tak diam dah nak masuk bulan puasa lagi,rasa macam baru lagi sambut puasa tahun lepas.
yang paling bestnya tahun ni aku boleh sambut puasa sebulan kat rumah,huhu :) (tahun lepas sempat seminggu je puasa kat rumah),so semangat puasa tahun ni extra la sikit....
yang aku perasan la, bila nak puasa je mesti boleh nampak semua ni:

1.........banyak ucapan selamat berpuasa kat fb or henfon

2.......kat tv dan radio plak dah macam-macam iklan cerita bab2 puasa

3......tempat-tempat bazar ramadhan plak banyak yang dah pasang khemah 

4......mak ayah aku dah sibuk beli barang dapur extra

5.....kat dinding rumah aku plak dah ada 3 kalendar waktu sembahyang



so,aku nak ucapkan selamat bepuasa kepada semua umat islam,jangan lupa pergi solat terawih :)



Thursday, May 26, 2011

Menu Hari Ini : Sambal Bilis & Telur

Sebab time cuti sem ni aku jadi suri rumah so mestilah buat entri pasal masakan ye tak,hik3. Ok la hari ni aku masak lauk feveret aku, senang je nak buat lauk ni, setengah jam je boleh siap.

mula2 aku kenalkan ramuannya dulu:

6 ulas bawang merah (dikisar)
4/5 ulas bawang putih(dikisar)











cili kering(dikisar) atau boleh jugak guna cili kisar yang dah siap











1 paket kecil ikan bilis(direndam dalam air untuk hilangkan masin)














2 biji telur(direbus)

garam ,gula & serbuk perasa
minyak masak
sedikit air

bahan dah siap, jom kita masak,hihi

1. Mula2 panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang merah yang dah dikisar tadi sampai baik bau,tapi make sure jangan sampai hangus,hik3


2. bila dah bawang tu agak2 dah masak, kita masukkan cili kering yang dikisar tadi dan kacau. nak masukkan berapa banyak pun tak pe cili tu, tapi aku guna 4 sudu, kalau nak lagi pedas boleh tambah lagi




3.masak cili & bawang tu dalam beberapa minit pastu masukkan garam,gula & serbuk perasa dan masukkan sedikit air & masukkan ikan bilis(keluarkan dulu airnya)




4. teruskan lagi mengacau & bila dah agak pekat sikit baru masukkan telur. masak dalam 5 minit lagi bagi sambal tu kering sikit.



5. tadaa dah masak, sapa cakap masak tu susah, senang je sebenarnya,lauk ni pun boleh jugak buat lauk nasi lemak kalau makan dengan roti pun sedap jugak... selamat mencuba



p/s: sambil masak lauk tu jangan lupa masak nasik plak ye,hik3 :)

Monday, May 23, 2011

yeay 'dia' datang lagi!!!!!!!!!!!

siapa yang datang tu????????




budak ni la yang datang 
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
                                                         


haaa knal tak???

ni la Sun Goku watak utama dalam Dragon Ball, mesti korang semua tengok punye cite ni dulu, best kot, time aku tengok dulu pun aku kecik lagi, tak reti nak hayati pun, lagi la cite ni main hari ahad(hari ahad kat ganu skola) so time cuti skolah je la boleh tengok.

tapi sekarang Astro Ceria *ok sila gelak sebab aku layan astro ceria* tayang balik cite ni, hari isnin sampai khamis pukul 11.30 pagi, memandangkan aku jadi penganggur terhormat time cuti ni so boleh la aku layan cite ni kan ^_^

Nora Elena vs Kasih Yang Suci

ok entry kali ni aku nak cite pasal satu drama baru kat tv3, Nora Elena yang diadaptasi daripada novel Kasih Yang Suci, memang aku minat gile kot novel ni, mula2 bace time aku form 4 & pastu terus jatuh cinta, baru lagi aku beli novel ni untuk dijadikan koleksi,hik3, tak sangka plak dah dijadikan drama

ni lah frontpage novelnya


 setakat ni jalan ceritanya tak lari sangat dari novel, cuma ada la ubah & tambah sikit untuk bagi cite lagi best contohnya kalau dalam novel watak Seth Tan tu cina & bila nak kawan ngan Nora Elena baru dia masuk islam tapi dalam drama ni Seth Tan memang dah islam sebab dia anak kacukan cina bukan pure chinese cam dalam novel tu. Watak plak aku memang suka sangat Aaron Aziz jadi Seth & Siti Saleha pun sesuai jugak la pegang watak Nora Elena sebab muka die ada macam cina sikit cam dalam novel.



drama ni memang bagi impak la kat aku sebab aku sanggup register laman web tv3 semata2 tak nak miss drama ni, minat punya pasal apa-apa pun sanggup buat :)

p/s: gambar ihsan dari google

Tuesday, May 10, 2011

~SELAMAT HARI MAK~

Selamat hari ibu/mak/mama/umi/mami (kalau dalam bahasa ganu mak = mok)dan segala panggilan la untuk seorang insan yang telah melahirkan kita ke dunia ini.

OK meet my mother, tadaaaa (aku bagi pakej sekali ngan ayah aku,kih3)

nama mak: PUAN ROHANI BINTI PUTEH

Ini la mak satu-satunya mak aku kat dunia ni (memandangkan aku belum ada mak mertua kan,kih3)
mak yang selalu:
-bebel-bebel kat aku
-tegur aku kalau aku buat salah
-ngumpat ngan aku
-masak sama2
-pegi shopping sama2
n banyak lagi la

masa hari ibu(sama dengan hari paper last exam aku) aku ade call mak aku tapi dia tak angkat, pastu malam tu mak aku call balik, ni perbualan kami :

mak: bila ko balik? (memang soklan wajib dia tanya setiap kali call)
aku: lusa kot 
mak: nanti ko dah naik bas call la mak cik ko(sebab aku balik rumah mak cik aku)

pastu bla bla bla banyak lagi la kami sembang sampai la.........

mak: ko hari ibu tak mesej mak pun kan,celcom pun ade mesej mak
aku: *gelak dulu kuat2* mak... orang siap call lagi, mak yang tak angkat
mak: hehehe saja je

p/s: opkos la mak aku cakap ganu, buang tebiat pe nak cakap KL ngan aku,hihi

adoiiii mak aku boleh plak nak bandingkan anak dia ni ngan CELCOM, terasa hati aku,kui3

pape pun...............

SELAMAT HARI IBU MOK


Monday, May 9, 2011

Kisah sebelum pulang

Dengan rasminya aku umumkan bahawa aku sudah menamatkan my junior year.....ehem..ehem..ehem

Semalam last paper aku untuk final exam, pasni cuti 4 bulan ( lama gila tuhhh )
so esok aku gerak balik la tapi bukan balik ganu la sebab aku nak stay rumah mak cik aku dulu kat perak, lagi 2 minggu baru balik ganu,hihi......

Plannya nak balik arini tapi tetiba plak rasa gatal nak gi jalan2 dulu.
so arini aku pegi la jalan-jalan, mula-mula gi beli tiket untuk balik esok kat TBS pastu kitorang(aku ngan dila) pergi SEREMBAN.... kenapa seremban??? sebabnya kitorang  nak pegi sana sebab nak temankan kawan aku si yana jumpa pakwe dia *ye aku memang penyibuk sebab kacau orang dating hahahahaha*, so kitorang suruh la si yana tu gerak dulu (bagi la peluang diorang berdua-duaan dulu sebelum kitorang kacau,kih3).

kami pun jalan-jalan la kat terminal 1 n seremban parade then dalam pukul 8 malam kitorang gerak balik Serdang.

Dan sekarang aku PENAT gile kot,hihi, tapi puas hati la sebab lepas ni lambat dah nak jumpe ngan diorang lagi



p/s: thanx pakwe yana sebab belanja kitorang pizza ye, nyum3

Thursday, May 5, 2011

sifat kemanusiaan vs sifat kebinatangan

Manusia sekarang ni makin kejam kan. kes bunuh,buang bayi, rogol & macam2 lagi la, kalau nak buat list 5 entry pun belum tentu cukup ni.

aku cakap pasal ni pada entry kali ni sebab dah dua hari aku baca suratkhabar yang beritanya pasal kekasih/tunang yang kene bunuh.
 kes yang pertama tu mangsa kene bunuh sebab tolak lamaran lelaki yang suka kat die & yang kedua plak sebab terlalu cemburu sampaikan seorang lelaki sanggup bunuh tunang sendiri.

bila fikir balik rasa macam takut je, sebab benda sekecik itu pun sampai saling bunuh-membunuh, manusia sekarang ni dah tak de sifat belas kasihan or sifat kemanusiaan ke ape, tu tak masuk lagi bab buang anak kat longkang la, tempat sampah la. kalau korang perasan la semua bayi yang dibuang tu semua cukup sifat & comel2 plak tu, betul la orang cakap kan bila iman dah senipis kulit bawang semua benda yang dibuat pun rasa tak bersalah.

macam mana la diorang sanggup buang bayi  secomel ni kan

p/s: aku ade lagi 2 paper ni, wish me luck k :)

Friday, April 29, 2011

pernah tak terfikir......................

Assalamualaikum!!!!!!!!!!!!!

pertama kali bagi salam dalam blog aku ni, hihi

sebenarnya dah lama aku asyik fikir je pasal satu benda ni, kenapa semua orang suka merungut ekh ,aku tak cakap kat orang lain la, aku sendiri pun kadang2 suka merungut jugak. contohnya :

~tak sedap la makanan kat sini
~panas la
~kecik la bilik
~kenapa la aku tak cantik/hensem

pendek kata dalam sehari tu ada je benda yang nak dirungutkan, seolah-olah semua benda dalam hidup tak sempurna,

pernah tak terfikir yang masa kita merungut makanan tak sedap tu ramai lagi orang yang kebuluran & tak cukup makan

pernah tak terfikir yang masa kita mengadu cuaca panas & bilik kecik tu ada orang yang tak de rumah & menumpang  je or kalau ade pun rumah yang daif

pernah tak terfikir masa kita tak puas hati dengan penampilan diri ada orang yang kurang bernasib baik sebab sakit or tak cukup anggota badan

 masa kita rasa susah sangat tu sebenarnya ada orang yang lagi susah & lagi berat ujiannya daripada kita, sepatutnya kita bersyukur, seberat-berat ujian kita pun kita masih boleh bergerak, masih boleh makan masih boleh ketawa dan paling penting masih sihat dan hidup...............

bersyukur lah dengan apa yang tuhan bagi, apa salahnye susah masa sekarang sekurang-kurangnya daripada kesusahan lagi kita akan belajar tentang kemanisan hidup dan tambah pengalaman kan...

"Even if you fall on your face, you're still moving forward"

kat sini aku selitkan satu lagu,  memang aku nangis masa mula2 dengar & hayati lirik lagu ni.........



Monday, April 25, 2011

lolipop, kartun & komik

selalu dengar orang cakap, kalau nampak seseorang tu perangai cam budak-budak mesti fikiran die tak matang, bukan nak reka la tapi aku sendiri selalu je alami benda ni

contoh

kalau nampak aku makan lolipop:

manusia A : ape la ko ni Jie makan lolipop, cam budak-budak je.
manusia B : tak malu ke makan lolipop depan-depan orang ni, tak matured langsung

kalau nampak aku baca or beli komik:

manusia C : ko ni, kenapa la suke sangat bace komik, childish sungguh
manusia D : tak membazir ke, asyik beli komik je, bukan ade faedah pun, macam budak-budak

kalau tau aku suke tengok kartun:

manusia E : ape la tengok kartun, cam kanak-kanak ribena la
mak aku : ko ni tak de cite lain ke nak tengok, cite kartun jugak ko pilih ekh (sory mak,hihi)

are you ready kid????
ai ai kapten 


ok ni point aku, jangan anggap kami yang suke buat bende2 ni childish tau, kami just nak enjoy our life, alahai tak perlu la 24/7 kite nak serius kan, letih la...

ada mase kite kene gak rilex, tak salah luaran kite nampak macam tak matured tapi bile tibe mase nak fikir or buat keputusan boleh je jadi matang....

sebenarnye kan

kenape aku suke makan lolipop
- sebab sedap, kalau korang pun suke makan bende sedap kan, so anggap je la aku makan lolipop tu macam korang makan makanan kegemaran korang.

kenape aku suke bace komik
-sebab best la, same gak cam kenape budak lelaki suke bace surat khabar terbalik(bace part sport dulu) kan

kenape aku suke tengok kartun
-same la jugak cam budak2 suke tengok drama korea tu (aku pun layan korea gak ekh) or brader2 yang suke tengok bola tu, dah minat kan, nak buat camne.

prinsip hidup aku senang je :

~positive thinking make life easier~
-tak payah fikir banyak pasal sesuatu
-tak payah merungut pasal bende yang kite susah/tak mungkin ubah/dapat
-bersyukur la dengan ape yang kite ade
-senyum sokmo, tak kire time kite happy or sedih :)


p/s: minat setiap sorang tu lain-lain ok, so tak payah la nak anggap dalamannye same dengan luaran or dengan kate mudahnye don't judge the book by it cover