Only me

My photo
Serdang, Selangor, Malaysia
nothing special..... just an ordinary girl with a big hope for a wonderful future

Saturday, January 14, 2012

kenapa aku suka balik kampung

kenapa aku suka balik kampung????? well aku punya jawapan mesti la macam orang lain kan, nak jumpa parent n adik beradik,nak makan masakan mak, nak itu nak ini tapi bagi aku ada lagi satu keseronokan bila balik kampung selain daripada itu semua,sebabnya adalah family aku suka buat kenduri (of coz la bukan kenduri kawin) dan dalam setahun tu memang akan ada kenduri dan mungkin sebab dah terbiasa so aku jadi suka dengan suasana kenduri tu sendiri, so kalau ada kenduri aku memang akan curi masa balik kampung.

sebenarnya yang aku nak cerita kat sini baru-baru ni (dalam bulan 12 aritu) rumah aku ada buat kenduri bubur asyura dan macam biasa la aku pun rela balik kampung walaupun time study week*aku balik 3 hari je ok*. Sebenarnya aku pun tak tau yang bubur asyura kat Terengganu lain sikit, aku tau pun sebab kawan aku budak Johor yang tanya,kalau tak mati2 aku ingat sama je,hehe.


ok jom tengok gambar the making of bubur asyura

golongan ibu2 sedang kupas bawang dan sebagainya (tak payah cari aku kat sini sebab masa ni aku tengah bekpes kat dapur ye,huhu)

bahan-bahan utama untuk buat bubur ni macam biasa la ada bawang,beras,rempah, ayam or daging or ikan dan sebagainya *aku lupa sebenarnya* tapi bahan utamanya semua tu la :)

bila bawang dan semua rempah2 tu diblend then semua tu taruk dalam kawah then kacau2 pastu baru la masukkan beras then masukkan daging or ayam or ikan

then jadi la macam ni *sory aku malas nak rotate*

p/s: yang pakai baju kaler oren tu ayah aku,hihi

and here the challenge begin, bubur ni kene kacau sampai la jadi pekat dan likat dan warnanya jadi kaler hitam pekat, ambik masa beberapa jam jugak la, aku boleh bertahan dalam masa 10 minit je kacau bubur ni pastu aku dah surrender, ini memang keje orang laki,huhu

sambil tunggu bubur tu masak kaum wanita plak buat sambal ikan untuk dimakan dengan bubur tu



bahan-bahan untuk buat sambal ni isi ikan,kelapa,bawang putih n merah,halia,halba, itu je kot kalau tak salah aku, masak sambal ni sampai la warnanya kekuningan. aku tak pasti orang luar panggil ni apa tapi kat ganu kitorang panggil sambal ikan,hihi


then kacau punya kacau punya kacau sampai la jadi cam ni



ini plak yang dah siap masuk dalam tupperware untuk di bagi kat orang kampung


kat umah aku aritu ada buat 4 kawah n 1 periuk bubur asyura, 1 kawah ayam,3 kawah daging n 1 periuk ayam + daging, kira macam ada pelbagai perisa la.haha

bagi aku perbezaan ketara antara bubur asyura Terengganu ngan negeri lain (Johor) *sebab aku pernah tengok johor punya je, negeri lain belom lagi*  just warna n texture, Terengganu punya warna gelap dan keras  tapi yang Johor punya warnanya agak cerah dan cair, lebih kurang macam bubur lambuk la, bab rasa aku tak sure sebab aku x pernah makan bubur asyura lain selain dari yang terengganu punya, tekak ganu la katakan hihi

No comments: