Only me

My photo
Serdang, Selangor, Malaysia
nothing special..... just an ordinary girl with a big hope for a wonderful future

Monday, May 23, 2011

Nora Elena vs Kasih Yang Suci

ok entry kali ni aku nak cite pasal satu drama baru kat tv3, Nora Elena yang diadaptasi daripada novel Kasih Yang Suci, memang aku minat gile kot novel ni, mula2 bace time aku form 4 & pastu terus jatuh cinta, baru lagi aku beli novel ni untuk dijadikan koleksi,hik3, tak sangka plak dah dijadikan drama

ni lah frontpage novelnya


 setakat ni jalan ceritanya tak lari sangat dari novel, cuma ada la ubah & tambah sikit untuk bagi cite lagi best contohnya kalau dalam novel watak Seth Tan tu cina & bila nak kawan ngan Nora Elena baru dia masuk islam tapi dalam drama ni Seth Tan memang dah islam sebab dia anak kacukan cina bukan pure chinese cam dalam novel tu. Watak plak aku memang suka sangat Aaron Aziz jadi Seth & Siti Saleha pun sesuai jugak la pegang watak Nora Elena sebab muka die ada macam cina sikit cam dalam novel.



drama ni memang bagi impak la kat aku sebab aku sanggup register laman web tv3 semata2 tak nak miss drama ni, minat punya pasal apa-apa pun sanggup buat :)

p/s: gambar ihsan dari google

Tuesday, May 10, 2011

~SELAMAT HARI MAK~

Selamat hari ibu/mak/mama/umi/mami (kalau dalam bahasa ganu mak = mok)dan segala panggilan la untuk seorang insan yang telah melahirkan kita ke dunia ini.

OK meet my mother, tadaaaa (aku bagi pakej sekali ngan ayah aku,kih3)

nama mak: PUAN ROHANI BINTI PUTEH

Ini la mak satu-satunya mak aku kat dunia ni (memandangkan aku belum ada mak mertua kan,kih3)
mak yang selalu:
-bebel-bebel kat aku
-tegur aku kalau aku buat salah
-ngumpat ngan aku
-masak sama2
-pegi shopping sama2
n banyak lagi la

masa hari ibu(sama dengan hari paper last exam aku) aku ade call mak aku tapi dia tak angkat, pastu malam tu mak aku call balik, ni perbualan kami :

mak: bila ko balik? (memang soklan wajib dia tanya setiap kali call)
aku: lusa kot 
mak: nanti ko dah naik bas call la mak cik ko(sebab aku balik rumah mak cik aku)

pastu bla bla bla banyak lagi la kami sembang sampai la.........

mak: ko hari ibu tak mesej mak pun kan,celcom pun ade mesej mak
aku: *gelak dulu kuat2* mak... orang siap call lagi, mak yang tak angkat
mak: hehehe saja je

p/s: opkos la mak aku cakap ganu, buang tebiat pe nak cakap KL ngan aku,hihi

adoiiii mak aku boleh plak nak bandingkan anak dia ni ngan CELCOM, terasa hati aku,kui3

pape pun...............

SELAMAT HARI IBU MOK


Monday, May 9, 2011

Kisah sebelum pulang

Dengan rasminya aku umumkan bahawa aku sudah menamatkan my junior year.....ehem..ehem..ehem

Semalam last paper aku untuk final exam, pasni cuti 4 bulan ( lama gila tuhhh )
so esok aku gerak balik la tapi bukan balik ganu la sebab aku nak stay rumah mak cik aku dulu kat perak, lagi 2 minggu baru balik ganu,hihi......

Plannya nak balik arini tapi tetiba plak rasa gatal nak gi jalan2 dulu.
so arini aku pegi la jalan-jalan, mula-mula gi beli tiket untuk balik esok kat TBS pastu kitorang(aku ngan dila) pergi SEREMBAN.... kenapa seremban??? sebabnya kitorang  nak pegi sana sebab nak temankan kawan aku si yana jumpa pakwe dia *ye aku memang penyibuk sebab kacau orang dating hahahahaha*, so kitorang suruh la si yana tu gerak dulu (bagi la peluang diorang berdua-duaan dulu sebelum kitorang kacau,kih3).

kami pun jalan-jalan la kat terminal 1 n seremban parade then dalam pukul 8 malam kitorang gerak balik Serdang.

Dan sekarang aku PENAT gile kot,hihi, tapi puas hati la sebab lepas ni lambat dah nak jumpe ngan diorang lagi



p/s: thanx pakwe yana sebab belanja kitorang pizza ye, nyum3

Thursday, May 5, 2011

sifat kemanusiaan vs sifat kebinatangan

Manusia sekarang ni makin kejam kan. kes bunuh,buang bayi, rogol & macam2 lagi la, kalau nak buat list 5 entry pun belum tentu cukup ni.

aku cakap pasal ni pada entry kali ni sebab dah dua hari aku baca suratkhabar yang beritanya pasal kekasih/tunang yang kene bunuh.
 kes yang pertama tu mangsa kene bunuh sebab tolak lamaran lelaki yang suka kat die & yang kedua plak sebab terlalu cemburu sampaikan seorang lelaki sanggup bunuh tunang sendiri.

bila fikir balik rasa macam takut je, sebab benda sekecik itu pun sampai saling bunuh-membunuh, manusia sekarang ni dah tak de sifat belas kasihan or sifat kemanusiaan ke ape, tu tak masuk lagi bab buang anak kat longkang la, tempat sampah la. kalau korang perasan la semua bayi yang dibuang tu semua cukup sifat & comel2 plak tu, betul la orang cakap kan bila iman dah senipis kulit bawang semua benda yang dibuat pun rasa tak bersalah.

macam mana la diorang sanggup buang bayi  secomel ni kan

p/s: aku ade lagi 2 paper ni, wish me luck k :)