Only me

My photo
Serdang, Selangor, Malaysia
nothing special..... just an ordinary girl with a big hope for a wonderful future

Sunday, December 30, 2012

KAMI

Assalamualaikum uollsss

macam dah lama gilerr x update blog ni, sampaikan aku dah hampir terlupa aku ada blog rupanya...
just a typical reason kenapa tak update, so tak payah la tulis sebabnye kan kan kan.

Macam -macam dah yang berlaku tahun ni, dengan gosip artis yang tak habis-habis, artis kawin sana-sini (congrats), Gangnam style, isu politik yang tak berkesudahan. Eh itu semua tak de kaitan dengan aku pon sebenarnya, tapi saja je nak bagitau yang banyak benda yang dah berlaku tahun ni dan memandangkan aku update blog ni pon dah hampir nak habis tahun 2012 so aku conclude je la semua tu hik hik hik (gelak comel yang nak mintak pelempang guna kaki kucing).

Sedar tak sedar ak dah nak habis study rupanya, ada lagi 1 tahun je aku boleh merayau-rayau dalam UPM tercinta ni, memang la happy dah nak habis study tapi sedih gak nak tinggalkan UPM & kawan-kawan, kalau UPM ni kat belakang rumah aku je boleh la aku datang piknik kat sini petang-petang, ye dok?? huhu.


Sepanjang aku kat UPM ni ada la 3 orang gadis(ceeewahh) yang boleh dipanggil bestfriend aku and I hope our friendship will last forever. ini la kawan tunggu bas sama-sama , pergi ladang jalan kaki sama-sama, makan & mengumpat sama-sama, layan video mat lutfi, layan drama adam & hawa (ok itu aku tipu sebab diorang je yang layan),pergi dating kat The Mines, tengok wayang,buat esaimen and banyak lagi la, penat pulak kalau nak mention semua.


Zaman Freshie.... muka sorang2 memang xboleh blah,haha
Sem 2, pergi Melaka atas dasar alasan nak buat esaimen tapi pegi melancong sebenarnye,huhu
sem 3 time ambik gambar kelas

sem 3 time kat ladang (abaikan slipar jepun aku,huhu)
Sedar tak sedar next semester kami dah nak start FYP rasa cam baru lagi kenal time freshie tup2 dah nak masuk final year, seriously aku rasa macam masa cepat gile berlalu.
Apa-apa pun seperti perumpaan fizik "the maturity is directly proportional with the increasing of the years" pehhh dah rasa cam Gallileo Gallilea (betol ke aku eja ni ah lantak la) plak tetibe je cakap sal fizik ni,haha. Tapi yang menjadi persoalannya matured ke kami ni, haha. 
Dalam entry ni aku memang takkan tulis "I love U all so much my friends" sebab kalau aku tulis tu aku rasa cam nak lempang diri sendiri guna kaki kucing tapi kalau sayang tak semestinya kene cakap out loud kan. Well this is who I am,a cold person with no feelings and not romantic at all.

It's the times we're so crazy,
that people think we're high.
It's the times we laugh so hard,
we can't help but cry.
It's all the inside jokes
and "remember whens".
those are all the reasons
that we're best friends!


Saturday, January 14, 2012

kenapa aku suka balik kampung

kenapa aku suka balik kampung????? well aku punya jawapan mesti la macam orang lain kan, nak jumpa parent n adik beradik,nak makan masakan mak, nak itu nak ini tapi bagi aku ada lagi satu keseronokan bila balik kampung selain daripada itu semua,sebabnya adalah family aku suka buat kenduri (of coz la bukan kenduri kawin) dan dalam setahun tu memang akan ada kenduri dan mungkin sebab dah terbiasa so aku jadi suka dengan suasana kenduri tu sendiri, so kalau ada kenduri aku memang akan curi masa balik kampung.

sebenarnya yang aku nak cerita kat sini baru-baru ni (dalam bulan 12 aritu) rumah aku ada buat kenduri bubur asyura dan macam biasa la aku pun rela balik kampung walaupun time study week*aku balik 3 hari je ok*. Sebenarnya aku pun tak tau yang bubur asyura kat Terengganu lain sikit, aku tau pun sebab kawan aku budak Johor yang tanya,kalau tak mati2 aku ingat sama je,hehe.


ok jom tengok gambar the making of bubur asyura

golongan ibu2 sedang kupas bawang dan sebagainya (tak payah cari aku kat sini sebab masa ni aku tengah bekpes kat dapur ye,huhu)

bahan-bahan utama untuk buat bubur ni macam biasa la ada bawang,beras,rempah, ayam or daging or ikan dan sebagainya *aku lupa sebenarnya* tapi bahan utamanya semua tu la :)

bila bawang dan semua rempah2 tu diblend then semua tu taruk dalam kawah then kacau2 pastu baru la masukkan beras then masukkan daging or ayam or ikan

then jadi la macam ni *sory aku malas nak rotate*

p/s: yang pakai baju kaler oren tu ayah aku,hihi

and here the challenge begin, bubur ni kene kacau sampai la jadi pekat dan likat dan warnanya jadi kaler hitam pekat, ambik masa beberapa jam jugak la, aku boleh bertahan dalam masa 10 minit je kacau bubur ni pastu aku dah surrender, ini memang keje orang laki,huhu

sambil tunggu bubur tu masak kaum wanita plak buat sambal ikan untuk dimakan dengan bubur tu



bahan-bahan untuk buat sambal ni isi ikan,kelapa,bawang putih n merah,halia,halba, itu je kot kalau tak salah aku, masak sambal ni sampai la warnanya kekuningan. aku tak pasti orang luar panggil ni apa tapi kat ganu kitorang panggil sambal ikan,hihi


then kacau punya kacau punya kacau sampai la jadi cam ni



ini plak yang dah siap masuk dalam tupperware untuk di bagi kat orang kampung


kat umah aku aritu ada buat 4 kawah n 1 periuk bubur asyura, 1 kawah ayam,3 kawah daging n 1 periuk ayam + daging, kira macam ada pelbagai perisa la.haha

bagi aku perbezaan ketara antara bubur asyura Terengganu ngan negeri lain (Johor) *sebab aku pernah tengok johor punya je, negeri lain belom lagi*  just warna n texture, Terengganu punya warna gelap dan keras  tapi yang Johor punya warnanya agak cerah dan cair, lebih kurang macam bubur lambuk la, bab rasa aku tak sure sebab aku x pernah makan bubur asyura lain selain dari yang terengganu punya, tekak ganu la katakan hihi

Baucer Buku oh Baucer Buku

sangat lama blog ni tak berupdate ye, biasala tuan punya blog ni perasan dia la orang yang paling sibuk kat dunia ni sampai takde masa nak update blog padahal cakap je la malas n takde idea ye dokkk....

di masa jari jemari ini tengah menaip entry ni sebenarnya aku tengah buat countdown untuk cuti sem sambil nota untuk last paper aku merayu-rayu sambil buat muka comel *ekkkk nota ada muka ke,kah3* kat sebelah aku ni.

so secara kesimpulannya sem 3 aku dah pun hampir berakhir *ceh ayat macam nak tulis surat rasmi* dan bagi aku la selama duk kat UPM ni sem ni la paling busy, memang la kalau aku cakap aku busy mesti semua orang cakap alah ko ingat ko je yang busy,orang lain tak busy la.... tapi ape2 pun yang orang lain cakap lantak la ye, yang penting aku dengan hidup aku diorang dengan hidup diorang.

ok back to the main topic, kat dalam purse aku sekarang ada 4 keping baucer buku yang bernilai RM50 setiap keping yang menjadikan nilainya RM200 dan die punye due date sampai 31 Mac je, persoalan yang menjadi problemnya sekarang baucer ni boleh guna kat certain kedai buku je macam kedai buku kat dalam UPM ni, Popular or MPH dan problem yang lagi besarnya kat KT tu mana la ada Popular or MPH yang terdekat pun ada Popular kat Mesra Mall(kemaman) yang mengambil masa hampir 3 jam perjalanan dari rumah aku, so apa yang aku nak buat ni, aku bukannya merungut just fikirkan solution untuk permasalahan je dan setakat ni aku masih belum dapat solution lagi tapi takpe la balik nanti aku pandai2 la buat muka comel kat ayah aku ajak pegi Mesra Mall ye dokkk ,kalau tak berjaya terpaksa la aku borong buku2 tu time bukak sem 4 nanti. Tapi apa2 pun terima kasih kerajaan Malaysia sebab bagi baucer ni, aku bangga jadi rakyat Malaysia.....

Sunday, October 2, 2011

Happy b'day Cik Jie





Dengan ini secara rasminya aku dah 20 tahun *wink2* ~alamak dah tue rupanya aku ye~ dah boleh kawen ni teeeeeeeeeeeettttttttt,hahahaha.

Kalau korang nak tau gambar kat atas tu bukan aku rembat kat google tau tapi gambar kek besday aku la, siap ada nama lagi tu,hihi. 

Kat sini aku nak ucap thank you kat kawan2 aku yang buat surprise bagi kek ni time besday aku (yana,dila,ina,pika,ain,cahaya n dayah) * nasib baik la tak kena simbah ngan apa2*, aku pun nak ucap terima kasih kat semua friends aku yang wish besday aku tak kira kat henset or FB, I really appreciate that uollsss,hehehe

Harapan aku untuk besday tahun ni:
1. Nak berjaya dalam study, moga2 dapat dekan... Insyaallah
2. Nak jadi lebih matang (umur pun dah 20 kan) hehe
3. Nak jadi lagi well organized 
4. Nak kurangkan bercakap (kalau boleh la)
5. Nak jadi a better daughter,sister, friends and student :)
6. Semoga semua pokok yang aku tanam menjadi,hehehe




7. Nak mamat ni jadi pakwe aku boley?????
8. No 7 tu hanya sekadar gurauan semata.kih4

p/s: dapat free call 7 hari tapi tak tau nak call sape, hummmppp