Only me

My photo
Serdang, Selangor, Malaysia
nothing special..... just an ordinary girl with a big hope for a wonderful future

Wednesday, January 16, 2013

Jom Jom Jom

Sebagai anak Terengganu sejati aku merasa terpanggil untuk mempromosikan tahun melawat Terengganu 2013, wah2 dah rasa macam ejen pelancongan plak, btw ini logonye dan sekali ngan penerangan takut-takut lah korang tak paham ye, wah nampak kiut plak penyu tu,huhu.


Itu je la yang aku nak cerita, kalau nak tau cerita pasal tempat-tempat menarik kat Terengganu ni patblas entry pon  tak habis lagi, so kalau nak tahu lebih lanjut lagi sila la layari laman sesawang ni k .visit Terengganu.

Ok la sampai sini jela ye, see yaa

Monday, January 7, 2013

Happy New Year 2013

Wah tajuk nak happy new year bagai kan padahal dah seminggu pun tahun baru ni. pejam celik pejam celik and pejam lagi pastu tak celik-celik dah pun hampir habis semester 5 *ehem2 dah semester 5 dah aku ye * haissshhhh sem depan dah masuk sem 6 dah ye, dah kene buat FYP (FYP: Final Year Projek), eh jangan pelik plak korang aku memang buat FYP time sem 6 sebabnye sem 8 @ final sem aku ada praktikal, sebab tu la kitorang punye FYP awal * sambil buat muke bangga & kembangkan hidung*.
Haaaa sebenarnya entry ni memang aku nak cerita perihal FYP pon, nak dijadikan cerita nasib aku bukan main baik pulak kali ni sebab dapat supervisor(SV) yang memang first choice aku.


Mempersembahkan aku punye SV.......
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
jeng3

Ye2 aku tau dalam gambar tu memang ramai orang, tapi lecturenye yang betol2 duk kat belakang aku tu, haa itu la Dr Siti Hajar Ahmad, motiff aku block gambr Dr aku sendiri pon tak tau,haha, tapi time ni boleh plak Dr cakap "eh ada lagi orang yang lagi rendah dari saya rupenye" *ok Dr saya sentap ngan ayat tu ngeh3*

Ape2 pon memang aku bersyukur sangat dapat Dr ni because I need some perfectionist in my life since I'm very clumsy and sometimes buat kerja nak cepat siap je bak kata orang terengganu buat keje ikut dang je,huhu. Walaupun aku still tak confirm lagi pasal tajuk FYP sebab sem ni Dr very busy and she says that she will discuss with us next sem but I really2 hope I will get my chosen title that involve some herbs because since high school I've been very interested with herbs, don't ask me why because I also don't know ngeh3.

p/s: Azam tahun baru ni nak lulus ujian JPJ and boleh bawak kereta dengan bangganya nanti, Insyaallah
p/s no 2 : Craving for Secret Recipe's Tom Yam Kung, haiiissshhhhhhhh




Sunday, December 30, 2012

Anwar Hadi ft Mat Luthfi

Like a dreams come true dapat tengok Anwar Hadi dengan Mat Luthfi dalam satu video, mereka sangat ohhsssseeemmm ok and macam biasa la video diorang memang penuh dengan unsur pengajaran and lawak.

 

Hope lepas ni rajin-rajinkan la buat video sama-sama lagi ye. enjoy their video guys.

p/s : I dah ada twitter, do follow me ok (orang lain dah berabad ada twitter aku baru nak kecoh sekarang,huhu)

KAMI

Assalamualaikum uollsss

macam dah lama gilerr x update blog ni, sampaikan aku dah hampir terlupa aku ada blog rupanya...
just a typical reason kenapa tak update, so tak payah la tulis sebabnye kan kan kan.

Macam -macam dah yang berlaku tahun ni, dengan gosip artis yang tak habis-habis, artis kawin sana-sini (congrats), Gangnam style, isu politik yang tak berkesudahan. Eh itu semua tak de kaitan dengan aku pon sebenarnya, tapi saja je nak bagitau yang banyak benda yang dah berlaku tahun ni dan memandangkan aku update blog ni pon dah hampir nak habis tahun 2012 so aku conclude je la semua tu hik hik hik (gelak comel yang nak mintak pelempang guna kaki kucing).

Sedar tak sedar ak dah nak habis study rupanya, ada lagi 1 tahun je aku boleh merayau-rayau dalam UPM tercinta ni, memang la happy dah nak habis study tapi sedih gak nak tinggalkan UPM & kawan-kawan, kalau UPM ni kat belakang rumah aku je boleh la aku datang piknik kat sini petang-petang, ye dok?? huhu.


Sepanjang aku kat UPM ni ada la 3 orang gadis(ceeewahh) yang boleh dipanggil bestfriend aku and I hope our friendship will last forever. ini la kawan tunggu bas sama-sama , pergi ladang jalan kaki sama-sama, makan & mengumpat sama-sama, layan video mat lutfi, layan drama adam & hawa (ok itu aku tipu sebab diorang je yang layan),pergi dating kat The Mines, tengok wayang,buat esaimen and banyak lagi la, penat pulak kalau nak mention semua.


Zaman Freshie.... muka sorang2 memang xboleh blah,haha
Sem 2, pergi Melaka atas dasar alasan nak buat esaimen tapi pegi melancong sebenarnye,huhu
sem 3 time ambik gambar kelas

sem 3 time kat ladang (abaikan slipar jepun aku,huhu)
Sedar tak sedar next semester kami dah nak start FYP rasa cam baru lagi kenal time freshie tup2 dah nak masuk final year, seriously aku rasa macam masa cepat gile berlalu.
Apa-apa pun seperti perumpaan fizik "the maturity is directly proportional with the increasing of the years" pehhh dah rasa cam Gallileo Gallilea (betol ke aku eja ni ah lantak la) plak tetibe je cakap sal fizik ni,haha. Tapi yang menjadi persoalannya matured ke kami ni, haha. 
Dalam entry ni aku memang takkan tulis "I love U all so much my friends" sebab kalau aku tulis tu aku rasa cam nak lempang diri sendiri guna kaki kucing tapi kalau sayang tak semestinya kene cakap out loud kan. Well this is who I am,a cold person with no feelings and not romantic at all.

It's the times we're so crazy,
that people think we're high.
It's the times we laugh so hard,
we can't help but cry.
It's all the inside jokes
and "remember whens".
those are all the reasons
that we're best friends!